This site is dedicated to promote Islam and foster Muslim solidarity. Our goal is to provide news from around the world and help Muslims make the transition from being individual minded to community minded as Islam as an ideology that provides solutions for all human problems and all human relationships. It is our belief that Islam must be understood ideologically that deals with individual and societal problems. At the forefront of the call of Islam (Da’wah) today is the case of presenting Islam as a challenge to the current chaos, inequality, despotism and international disorder – all a consequence of Western liberalism (Capitalism). We write to inform, inspire and create a movement for true intellectual revival. We ask Allah (swt) to accept our efforts and mark it as part of the contribution towards re-establishment of His (swt) deen.

Thursday 7 July 2011

Pentingnya Tazkirah(Peringatan)

“Kalau Al-Quran itu benar dan betul dari Tuhan,kenapa isi kandungannya asyik berulang?”

“Adakah ulangan itu menjadi satu kesalahan?”Soal Ustaz balik.

“Tidak..”

“Ketika anda kecil,berapa kali ibu anda pesan jangan bermain di tepi jalan raya?Sekali?”Soal Ustaz balik.

“Em,mungkin 2-3 kali. Saya degil orangnya ustaz.Hehehe.”

“Bila awak besar,berapa kali cikgu atau pensyarah awak pesan supaya siapkan kerja rumah? Belajar untuk peperiksaan?”

“Fuh,banyak kali kot ustaz.”

“Pernah awak ambil kisah dengan teguran-teguran mereka? Maksud saya,bila pensyarah suruh awak belajar awal-awal,siapkan kerja awal-awal,awak siapkan di awal waktu?”

“Er,tak la pula. Biasanya,hujung-hujung la Ustaz,kenapa?”

“Untuk apa pensyarah awak ulang perkara yang sama?”

“Supaya saya ingat?”Tanya dia balik untuk pastikan jawapannya tepat dengan kehendak ustaz.

“Jadi teguran yang sama dan berulang menjadi kesalahan jika yang ditegur sentiasa leka?”

“Tak..Aiseh,saya dah faham ustaz,terima kasih.”

Ya,Allah memang banyak mengulang teguran-teguran atau peringatan di dalam Quran supaya kita,manusia yang sentiasa leka ingat akan peringatan tersebut. Percaya atau tidak,manusia kalau tidak diingatkan,lambat-laun dia akan lupa juga walaupun perkara itu amat besar baginya.Sebab apa manusia lupa? Sebab itu fitrah,sifat manusia.

Sebab itu di dalam surah Al-Asr,Allah nyatakan beruntunglah bagi mereka yang berpesan-pesan kebenaran dan berpesan-pesan kesabaran sebab mereka yang berpesan-pesan tidak pernah lupa. Inilah hikmah berkomuniti. Kalau kita lupa,kita ada kawan yang sentiasa ingatkan kita dan kalau kita lupa,kita ada untuk ingatkan dia.

Lari dari komuniti bukanlah satu tindakan yang bijak kerana orang yang bersendirian lagi senang dihasut syaitan daripada mereka yang berkomuniti.Dalam satu hadis,diceritakan bahawa biri-biri yang seekor lagi senang dibaham serigala daripada biri-biri yang berkumpulan. Tak dinafikan,yang berkumpulan juga kemungkinan untuk dibaham itu ada cuma potensinya kecil.

Berpesan dan bertegurlah sesama kita sebab itulah yang dianjur oleh Islam. Andai kita berpisah jauh,jangan jadikan jarak sebagai pemisah. Gunalah segala kemudahan teknologi yang ada untuk bertegur. Paling kurang,tanyalah sahabat kita sihat atau tidak. Muhasabah balik untuk apa kita berkawan,untuk dunia atau untuk Allah? Kalau untuk Allah,apakah jarak dunia mampu memisahkan kita?

Sebenarnya,secara psikologi,berpesan atau bertegur ini sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Andai kita menegur,pastinya kita sudah tidak buat perkara yang ditegur,itulah logiknya. Apabila kita menegur orang,pastinya satu perasaan, “takkan saya sendiri nak buat,saya dah tegur dia.Kalau saya buat,malulah saya…” akan datang dalam diri kita sebagai teguran kepada kita sendiri. Seperti ayat motivasi orang Melayu,pabila kita menuding jari kepada orang lain,sebenarnya 4 jari lagi ke arah kita.

Budaya menegur tidak sama dengan budaya menjaga tepi kain orang. Kita tidak berlebih-lebih dalam menegur,kita tidak selak pintu rumah orang,kita tidak mencari dan mengintai kesalahannya,sebaliknya,kita tegur dan berpesan apa yang kita nampak dan apa yang kita dengar. Percayalah,andai budaya sebegini dapat diwujudkan dalam masyarakat kita,remaja tak perlu dihantar ke pondok agama,mereka secara sendiri terkesan dengan biah(suasana) yang diwujudkan.

Ayuh,berpesanlah kerana orang yang berpesan-pesan tidak akan rugi walaupun satu sen. Ulanglah perkara yang sama asalkan perkara itu baik dan kena dengan syariat Islam^^
 WALLAHUA'LAM...

No comments:

Post a Comment