This site is dedicated to promote Islam and foster Muslim solidarity. Our goal is to provide news from around the world and help Muslims make the transition from being individual minded to community minded as Islam as an ideology that provides solutions for all human problems and all human relationships. It is our belief that Islam must be understood ideologically that deals with individual and societal problems. At the forefront of the call of Islam (Da’wah) today is the case of presenting Islam as a challenge to the current chaos, inequality, despotism and international disorder – all a consequence of Western liberalism (Capitalism). We write to inform, inspire and create a movement for true intellectual revival. We ask Allah (swt) to accept our efforts and mark it as part of the contribution towards re-establishment of His (swt) deen.

Thursday 29 December 2011

Jenis-Jenis Diam

nampak? Click pada gambar utk melihat tulisannya :)
DIAM YANG SELAMAT:
a) Diam orang cerdik :
1-Berani menempuh bahaya
2-Pandai bermanis muka dengan musuh
3-Pandai melihat kesempatan
4-Dapat menimbang pandangan orang lain

b)Diam pemaaf :
1-Meninggalkan cacian
2-Tidak menyakiti hati orang lain
3-Pemaaf
4-Teliti menjatuhkan hukuman

c)Diam orang a'alim :
1-Cinta pada ilmu
2-Tidak berubah muka menerima umpat atau puji
3-Bagus memberi jawapan
4-Berkata benar

d)Diam Cinta :
1-Muka jernih
2-Sudi menolong
3-Sudi menghindarkan perselisihan faham
4-Menjauhi munafik

e)Diam orang benar :
1-Benar perbicaraannya
2-Malu melakukan perbuatan yang tidak baik
3-Baik budinya
4-Suka berterima kasih

f)Diam orang warak :
1-Teguh menjaga kehormatan
2-Redha menerima yang sedikit
3-Berbuat kebaikan setiap hari
4-Memelihara lidah
DIAM YANG BINASA

A)Diam orang munafik
1-Membuka rahsia
2-Pendendam
3-Pengumpat
4-Memburukkan kawan

B)Diam orang musyrik
1-Kufur kepada nikmat Allah s.w.t
2-Menentang kebenaran dan menyokong kebathilan
3-Memerangi kaum muslimin
4-Suka mengfitnah dan menabur kejahatan

C)Diam orang berdosa
1-Malas bertaubat
2-Suka berbuat dosa dan kesalahan
3-Lupa kepada kematian
4-Hatinya sentiasa terpaut pada dunia

D)Diam ahli maksiat
1-Sentiasa memikirkan kebathilan
2-Benci pada kebenaran
3-Suka kesenangan dan hidup mewah
4-Hatinya penuh benci dan dendam pada orang yang benar

Rasulullah s.a.w bersabda "barang siapa yang beriman pada Allah s.w.t dan hari akhirat, hendaklah dia berkata perkara yang baik atau berdiam" 



Sumber: Buku Diam itu Emas karya Abdul Rahman Abdul Majeed terbitan darul nu'man











~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~




Sunday 25 December 2011

Sifat-sifat Yahudi yang disebut di Dalam Al-Quran ~ 1

السلام عليكم

Pembaca yang dihormati,
Terima kasih kerana telah memilih untuk bersama kami,
INSYAALLAH , kami akan menceritakan bagaimana sifat-sifat yahudi dan dalil-dalilnya.


ALLAH SWT telah menceritakan di dalam AlQuran tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam Al-Quran juga ALLAH menceritakan sebanyak 76 sifat yahudi dalam Al-Quran. Bagaimanakah sifat-sifat mereka?

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.





Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:41
________________________________________________________________________
2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:42)
________________________________________________________________________
3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah.


Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya). (Al-Baqarah 2:47)

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Al-Baqarah 2:48)
________________________________________________________________________
 4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir.
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (Al-Baqarah 2:49)
________________________________________________________________________
5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (Al-Baqarah 2:51)
 ________________________________________________________________________
6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri pada suatu masa dahulu
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". (Al-Baqarah 2:54)
  ________________________________________________________________________
7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (Al-Baqarah 2:55)
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:56)
 ________________________________________________________________________
8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah
 Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 2:57)
  ________________________________________________________________________
9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Al-Baqarah 2:61)
  ________________________________________________________________________
10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". (Al-Baqarah 2:65)
   ________________________________________________________________________
11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".(Al-Baqarah 2:67)
 Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya". (Al-Baqarah 2:68)
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya". (Al-Baqarah 2:69) 
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)". (Al-Baqarah 2:70)
 Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Al-Baqarah 2:71)
 ________________________________________________________________________
_____________________________BERSAMBUNG_______________________________

Bagaimana?
Kami perjelaskan bahawa sifat-sifat yahudi yang telah diterangkan di dalam Al-Quran supaya antum tidak mencontohi sifat-sifat yahudi.
adakah kita tergolong dalam sifat-sifat ini?
Na'uzubillah min Zalik.



Ya ALLAH ,
KAU jauhkanlah diriku yang hina ini dari azab Mu. Dekatkanlah diriku ini dengan Al-Quran dan segala sifat-sifat mahmudah yang telah diajarkan oleh para UtusanMu kepada nenek moyang kami. Tempatkanlah kami di kalangan para Solehin.


Nantikan "Sifat-sifat Yahudi yang disebut di Dalam Al-Quran ~ 2"
Teruskan Bersama Hijrah Remaja.













~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~





15 Anugerah ALLAH pada Muslimah

Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat? ” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. 


Wanita adalah mutiara yang sangat berharga, namun beberapa dari mereka telah tertipu dengan gelora nafsu & pengaruh persekitaran hingga meragukan nilai kemurnian mereka. Mutiara tak ternilai harganya dan perlu dilindungi dan dijaga dari mata tidak layak. :)  


Masihkah antum mahu meninggalkan suruhan ALLAH??  Masihkah antum tidak mensyukuri nikmat yang diberikan??
Sama-sama kita bermuhasabah.












~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~




Friday 23 December 2011

KAHWIN CARA MELAYU atau KAHWIN CARA ISLAM ?





Nota : Bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih, mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal.
Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa...? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

_______________________________________________________________________













~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~



Golongan yang selamat di azab kubur


1. Bersuci daripada hadas(wuduk).

Nabi s.a.w bersabda:

“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (Hr Tobrani)

2. Syahid fi sabilillah.

Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara
1. Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya. serta melihat kedudukannya di syurga.
2. Selamat daripada azab kubur.
3. Selamat dari huru hara hari kiamat.
4. Dipakaikan dikepalanya dgn mahkota ketenangan.. Batu yaqut yg ada pdnya lebih baik drpd dunia dan seisinya.
5. Dikahwinkan dgn 72 bidadari.
6. Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”(Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dlm kuburnya selama2nya.”(Hr Hakim)

3. Ribat fi Sabilillah.

Ribat adalah menjaga tempat-tempat  yang dilalui musuh utk masuk ke Negara Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

“Ribat sehari semalam lebih baik drpd puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yg sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(Hr Muslim)

4. Membaca surah al-Mulk

Ibnu Abbas menceritakan:

“Seorang Sahabt Nabi membina khemah diatas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba2 dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahbat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yg menyelamatkan org yg membaca serta menjaganya dr azab kubur.”(Hr Tirmizi)

5. Mati disebabkan sakit perut.

Nabi s.a.w bersabda:

"Siapa yg mati disebabkan penyakit dlm perutnya maka tidak diazab dlm kubur."(Hr Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)
_______________________________________________________________________
"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah".












~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~




7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT




Daripada Abu Hurairah r.a , dari Nabi s.a.w bersabda: Ada 7 golongan yg akn dinaungi oleh Allah s.w.t dibawah naungannya pada hari yg tidak ada naungan kecuali naungannya;




  
1. Pemimpin yang Adil.

2. Pemuda yg hidup dlm ketaatan kpd Allah.

3.Lelaki yg hatinya t'paut dgn masjid.

4. Dua org yg saling cinta-mencintai kerana Allah,berhimpun kerana Allah s.w.t & berpisah kerana Allah s.w.t

5.Lelaki yg dirayu oleh perempuan yg jelita utk mengerjakan zina lalu ia b'kata;"AKU TAKUT AKAN ALLAH"

6. Lelaki yg menyembunyikan sedekahnya,sehingga tangan kirinya tidak tahu dgn apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya.

7. Seorang lelaki yg mengingati Allah s.w.t dlm keadaan b'sendirian maka mengalir air matanya.

( H.R Bukhari & Muslim )


Baik ... Inilah 7 unsur kpd masyarakat madani yg kita idam-idamkan.Klu wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah masyarakat maka masyarakat itu ialah masyarakat madani yang sebenar.Dan jikalau wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah negara maka negara i2 ialah negara madani sebenar, kerana unsur-unsur ini melengkapi semua lapisan masyarakat pada suatu negeri. Mereka i2 ialah:-


1. Pemimpin yang adil.

Pemerintahan yg adil i2 akn disenangi oleh rakyat kerana rakyat merasakan kebahagiaan drpdnya. Maka akn wujudlah kerjasama & kesefahaman antara rakyat dgn pemimpin dan akn majulah megeri i2. Akan tetapi kalau pemimpin i2 zalim, maka ia tdk disenangi oleh rakyat & tdk mndpt kerjasama dari mereka , maka segala sesuatu tidak dapat b'jln dgn lancar , maka susahlah utk mencapai kemajuan. P/s utk diri:

Maulana Innamul Hasan rah. pernah berkata; " Walaupun semua dai' semuanya ikhlas, Walaupun semua dai' membri pengorbanan, Walaupun usaha b'jln dgn cara yg betul, TETAPI.. Hati - Hati tidak b'satu , usaha kita tdk akan b'hasil"...


2. Pemuda-pemuda yg rajin b'ibadat.

Bisanyew yg rajin b'ibadat i2 hanya org yg sudah tua. Adapun ank muda maka mereka byk bermain dan mengisi wak2 dgn hiburan dan perkare2 maksiat. Apabila di suatu negeri dpt t'bina ank2 muda utk rajin b'ibadat maka suasana akn berubah dari pesta maksiat kpd suasana amalan dakwah , ta'lim wa taa'llum , i'badat serta khidmat." Ya Allah masukkanlah diriku dlm golongan ini".


3. Seorang lelaki yg hatinye sentiasa terpaut dan cinta akn masjid, musolla (sewak2 dgnnyew). Mereka menjadikan masjid sebagai syiar agama, khususnya utk solat b'jemaah dan kegiatan2 yg lain.Pabila mereka keluar dari masjid setelah solat subuh mereka b'tanya kpd hati mereka, ""Erm, bile ye aq akn ke masjid smula?? Sudah tentu hati mereka yg cinta dn masjid i2 akn menjawab : ""Nanti aq akn kembali lagi ke masjid utk solat zohor. Dan begitulah keadaan seterusnya . Syiar agama nyata kelihatan dimasjid. Hati mereka tertaut dgn masjid. Masjid ialah jantung bagi sesebuah tempat.Mari kita lihat apa yg berlaku kpd masjid di negara, negeri , daerah , dan kampung kita, pasti kelihatan banyak tiang- tiang drpd jumlah bilangan org yg hadir ke masjid. Statistik menunjukkan klu x silap penduduk malaysia yang menunaikan solat hanya 20 % . Itupun klu kite perasan dan ad perasaan msjd akn didatangi oleh golongan K.R.U ( kumpulan rambut uban).Ramai orang tua, mane anak muda??Sbb ape? Tidak dpt tidak melainkan faktor USAHA DAKWAH telah ditinggalkan & dikuburkan sekian lama oleh masyarakat kita.


4. Dua orang lelaki yg saling kasih - mengasihi dan cinta - mencintai kerana Allah .

Masyarakat madani adalah didasari dgn kecintaan yg ikhlas di antara para penduduknya. Perniagaan, pertanian, pertukangan, industri p'khidmatan dan sebagainya adalah dilaksanakan atas dasar cinta bkn ats dasar utk mengaut keuntungan semata-mata.Kalau peniaga cintakan pembeli maka peniaga tdk akn menipu pmbeli. Kalau seorang rakan mencintai rakannya maka dia akan mengajak rakannya supaya mentaati perintah Allah s.w.t mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. Dan begitulah seterusnya.


5. Lelaki yang kuat imannya sehingga tdk mudah dipengaruhi oleh godaan yg dtg mengganggunya.

Walaupun godaan i2 dtg dlm keadaan yg sangat menggiurkan, dan dlm suasana yg sangat memberangsangkan, lelaki i2 tetap mempunyai pendirian yg teguh dan sentiasa berkata ;Inni Akhafullah("Saya Takut akan ALLAH ").Perkara ini tdk akan b'laku jika iman di dlm diri tidak kuat.So,How to get the pure Iman ?One day, Rasullullah s.a.w said to Sahabah r.hum; Jaddidu Iimanakum with ""Qauli Lailahaillallah"".Therefore, we must Renew Our IMAN with always say the greatness of Allah wif our tongue; Look the merciful of creatness by Allah wif our eyes ; Hear more and more about the powerful of Allah wif our ears; Think about the powerful,greatness of Allah s.w.t wif our mind.. Let's Try It!! =)


6.Penderma2 yg ikhlas yg menyumbangkan hartanya utk kesejahteraan umat ini.

Mereka ialah golongan yg menyembunyikan sumbangan mereka.Mereka tdk mengharapkan apa2 pujian atau sanjungan dari Makhluk menderma semata-mata mencari pahala dan reda di sisi Allah s.w.t Mereka suka membela nasib org yg lemah . Mereka suka membantu golongan yg krg bernasib baik, tetapi mereka tidak mempunyai tujuan yg lain drpd mencari keredaan Allah s.w.t.


7. Taqwa dan Ikhlas Kpd Allah.

Golongan yg byk b'munajat kpd Allah, byk b'zikir, sama ada b'sendirian atau bersama org ramai. Mereka byk bertaubat dan menagis di sisi Allah .Apabila nama Allah disebut dilidah mereka , hati mereka rasa gentar, hiba dan khusyuk , takutkan siksa & azab Allah , harapkan redhanya lalu mereka mengalirkan air mata sebagai luahan dari perasaan yg menyesak didlm dada. Ya Allah , jadikanlah diriku senantiasa merintih dan mengadu simpati hanya kepadamu. Ya Allah berilah kemanisan ini.


Tuntasnya, marilah sama-sama kita bersegera untuk mengamalkan segala amal kebaikan kerana Nabi s.a.w prnh brsbda; ""Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat , maka setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari , dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"". (H.R Tirmizi)


Kita perlu sabar dgn perlian dan cacian org yg memandang enteng dlm kita melakukan amal yg baik..Kita prlu kasihan kpd mereka yg jauh drpd agama Allah kerna mereka tdk mengerti dan tdk mengetahui.Kita perlu ajak dan doakan mereka supaya sama-sama lakukan amal kebaikan.Hal ini kerana suatu ketika agama Islam telah berkembang dengan pesat maka Nabi s.a.w prnh b'sbda kpd para sahabat lbh krg mksdnya; ::Agama Islam dtg dlm keadaan asing(ghorib), Dan ia akn kembali dlm keadaan asing , Maka BERBAHAGIALAH mereka yang asing, maka b'tanya para sahabat:""Siapakah golongan yang asing ya Rasullullah?'" Umatku di akhir zaman yang menghidupkan sunnah yg dimati-matikan oleh umatku. ''









~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~


Ketahuilah wahai umat Islam


~ SEKSA MENINGGALKAN SOLAT~



(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" 

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; 

(Al-Muddaththir 74:42)

<-::..Siksaan Ketika Hidup Di Dunia..::->Allah kurangkan keberkatan umurnya.
Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
Doanya tertolak.
Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

<-::..Siksaan Ketika Sakaratul Maut..::->
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

<-::..Siksaan Ketika Di Dalam Kubur..::->
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya.
Kuburnya akan digelapkan.
Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

<-::..Siksaan Ketika Berada Di Akhirat..::->
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
Allah tidak akanmemandangnya dengan pandangan belas kasihan.
Allah tidak akan mengampuni dosanyadan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka. 

<-::..Nisbah Dosa Bagi Orang Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu..::->
* SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
*ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
*ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
*MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
*ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

<-::..SEKSA NERAKA HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG..::->
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas," Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu, neraka jahanam tempat kembalinya". 
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda ," Sesiapa yang mengumpulkan duas embahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam

<-::..SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG..::->

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnyasiang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyangSubuh."Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.

Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

<-::..CUAI SOLAT LIMA WAKTU..::->
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisaular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

<-::..Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat..::->

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa, 6 daripadanya akanditerima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

<-::..Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

<-::..Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanyasekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

<-::..Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayatitu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata,Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuhhingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

<-::..Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang ituke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang.

<-::..NERAKA JAHANAM 
~ neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah bisa. 

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api... ~


"Renungan: Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

~Subuh:Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
~Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
~Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
~Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
~Isyak: Allah berseru kepada mereka,  "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku."
Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. Na'uzubillahiminzalik......Astaghfirullahal'azim.... Astaghfirullah...... Subhanallahil 'azim, Subhanallahi wabihamdih ~Maha Suci Allah & segala puji bagiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung~







~<-::..Remaja Pembina Ummah..::->~