This site is dedicated to promote Islam and foster Muslim solidarity. Our goal is to provide news from around the world and help Muslims make the transition from being individual minded to community minded as Islam as an ideology that provides solutions for all human problems and all human relationships. It is our belief that Islam must be understood ideologically that deals with individual and societal problems. At the forefront of the call of Islam (Da’wah) today is the case of presenting Islam as a challenge to the current chaos, inequality, despotism and international disorder – all a consequence of Western liberalism (Capitalism). We write to inform, inspire and create a movement for true intellectual revival. We ask Allah (swt) to accept our efforts and mark it as part of the contribution towards re-establishment of His (swt) deen.

Friday 29 July 2011

Kenapa Kita perlu Bersabar?



Sejenak mari kita berfikir bersama tentang kejadian Allah swt. Kita lihat kepada janin di dalam perut ibunya dan kita lihat peringkat pekembangannya. Dia tidak akan membesar secara tiba-tiba dan begitu juga tanaman serta timbul tergelincirnya matahari. Semuanya berlaku berperingkat dan memerlukan masa. 

Begitu juga dengan ciptaan langit dan bumi selama enam hari, sedangkan Allah sendiri berkuasa untuk menjadikannya dalam sekelip mata. Tetapi semua ini berlaku kerana Allah mahu supaya kita mengetahui bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini akan melalui beberapa peringkat dan juga untuk memberitahu manusia bahawa sabar bukanlah sifat untuk manusia semata-mata, bahkan ia merupakan kunci dan sifat kepada alam ini sendiri.
Maha suci Allah!! 

Setiap perkara dalam hidup kita tidak dapat lari daripada berhajat kepada kesabaran samada untuk mencapai kejayaan, memahami subjek yang susah, bergaul dengan orang, menyelesaikan masalah, berhajat kepada sesuatu, membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, mentaati Allah ataupun dalam meningggalkan maksiat. Benarlah kata-kata seorang ulama bahawa kesempurnaan dunia dan agama terikat dengan kesabaran. 

Tanpa kesabaran akan binasalah manusia. Ini kerana yang menjadikan seorang penzina itu melakukan maksiat adalah kerana dia tidak sabar untuk menahan nafsunya hingga berkahwin. Begitu juga halnya dengan penagih dadah, ketidak sabarannya dalam menghadapi ujian yang menimpa dirinya dan waktu lapangnya menyebabkannya mengisi masa tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya. 

Bayangkanlah betapa besarnya fungsi sabar hingga termaktub di dalam kitabullah lebih daripada 90 kalimah. Marilah kita sama-sama menghayati setiap alunan ayat al-Quran yang kita baca dan membacanya seolah-olah ke atas kita ayat itu diturunkan. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 bahawa meminta pertolongan itu perlu disertakan dengan kesabaran dan solat kerana Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Bukankah itu yang kita inginkan?..Bersabar dan Allah akan bersama dengan kita. Kemudian Allah mengkhabarkan lagi berita gembira di dalam surah Az-Zumar ayat 10 bahawa mereka yang bersabar akan mendapat pahala yang tidak terhitung, juga di dalam surah Ali Imran ayat 146, bahawa Allah menyayangi mereka yang bersabar.
Subhanallah!!..kurniaan yang tidak terhingga buat mereka yang bersabar.

Firman ALLAH SWT:
 Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.(As-Sajdah: 24)

Jelas daripada ayat tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah. 



Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran.
WALLAHUA'LAM. :)

"orang yang paling kuat ialah orang yang bersabar''

Thursday 7 July 2011

Pentingnya Tazkirah(Peringatan)

“Kalau Al-Quran itu benar dan betul dari Tuhan,kenapa isi kandungannya asyik berulang?”

“Adakah ulangan itu menjadi satu kesalahan?”Soal Ustaz balik.

“Tidak..”

“Ketika anda kecil,berapa kali ibu anda pesan jangan bermain di tepi jalan raya?Sekali?”Soal Ustaz balik.

“Em,mungkin 2-3 kali. Saya degil orangnya ustaz.Hehehe.”

“Bila awak besar,berapa kali cikgu atau pensyarah awak pesan supaya siapkan kerja rumah? Belajar untuk peperiksaan?”

“Fuh,banyak kali kot ustaz.”

“Pernah awak ambil kisah dengan teguran-teguran mereka? Maksud saya,bila pensyarah suruh awak belajar awal-awal,siapkan kerja awal-awal,awak siapkan di awal waktu?”

“Er,tak la pula. Biasanya,hujung-hujung la Ustaz,kenapa?”

“Untuk apa pensyarah awak ulang perkara yang sama?”

“Supaya saya ingat?”Tanya dia balik untuk pastikan jawapannya tepat dengan kehendak ustaz.

“Jadi teguran yang sama dan berulang menjadi kesalahan jika yang ditegur sentiasa leka?”

“Tak..Aiseh,saya dah faham ustaz,terima kasih.”

Ya,Allah memang banyak mengulang teguran-teguran atau peringatan di dalam Quran supaya kita,manusia yang sentiasa leka ingat akan peringatan tersebut. Percaya atau tidak,manusia kalau tidak diingatkan,lambat-laun dia akan lupa juga walaupun perkara itu amat besar baginya.Sebab apa manusia lupa? Sebab itu fitrah,sifat manusia.

Sebab itu di dalam surah Al-Asr,Allah nyatakan beruntunglah bagi mereka yang berpesan-pesan kebenaran dan berpesan-pesan kesabaran sebab mereka yang berpesan-pesan tidak pernah lupa. Inilah hikmah berkomuniti. Kalau kita lupa,kita ada kawan yang sentiasa ingatkan kita dan kalau kita lupa,kita ada untuk ingatkan dia.

Lari dari komuniti bukanlah satu tindakan yang bijak kerana orang yang bersendirian lagi senang dihasut syaitan daripada mereka yang berkomuniti.Dalam satu hadis,diceritakan bahawa biri-biri yang seekor lagi senang dibaham serigala daripada biri-biri yang berkumpulan. Tak dinafikan,yang berkumpulan juga kemungkinan untuk dibaham itu ada cuma potensinya kecil.

Berpesan dan bertegurlah sesama kita sebab itulah yang dianjur oleh Islam. Andai kita berpisah jauh,jangan jadikan jarak sebagai pemisah. Gunalah segala kemudahan teknologi yang ada untuk bertegur. Paling kurang,tanyalah sahabat kita sihat atau tidak. Muhasabah balik untuk apa kita berkawan,untuk dunia atau untuk Allah? Kalau untuk Allah,apakah jarak dunia mampu memisahkan kita?

Sebenarnya,secara psikologi,berpesan atau bertegur ini sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Andai kita menegur,pastinya kita sudah tidak buat perkara yang ditegur,itulah logiknya. Apabila kita menegur orang,pastinya satu perasaan, “takkan saya sendiri nak buat,saya dah tegur dia.Kalau saya buat,malulah saya…” akan datang dalam diri kita sebagai teguran kepada kita sendiri. Seperti ayat motivasi orang Melayu,pabila kita menuding jari kepada orang lain,sebenarnya 4 jari lagi ke arah kita.

Budaya menegur tidak sama dengan budaya menjaga tepi kain orang. Kita tidak berlebih-lebih dalam menegur,kita tidak selak pintu rumah orang,kita tidak mencari dan mengintai kesalahannya,sebaliknya,kita tegur dan berpesan apa yang kita nampak dan apa yang kita dengar. Percayalah,andai budaya sebegini dapat diwujudkan dalam masyarakat kita,remaja tak perlu dihantar ke pondok agama,mereka secara sendiri terkesan dengan biah(suasana) yang diwujudkan.

Ayuh,berpesanlah kerana orang yang berpesan-pesan tidak akan rugi walaupun satu sen. Ulanglah perkara yang sama asalkan perkara itu baik dan kena dengan syariat Islam^^
 WALLAHUA'LAM...

Wednesday 6 July 2011

Cerita Seorang Yahudi Mencari Agama Sebenar

 "Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam…

Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad? Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian.


Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan. Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan…

Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku. Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan 'setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya. Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku.

Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku. Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku.

Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja." Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi? Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku.

Ceritanya 'Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh). Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia?

Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil. Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan? Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini...

Ok kita tengok isu lain pula… Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan 'dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam.. Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa?

Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya?

Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya. Jadi Jesus Christ mati kerana beliau 'mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan….

Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam…. Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu.

Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu. Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya..

Adakah Islam itu menyeluruh?

Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi. Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam 'Old Testament" atau Christianity di dalam 'New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak.

Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..

Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ? Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku…

Tak masuk akal. Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.

Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran.. Allahu Akbar....






Oleh: Michael David Shapiro
wallahua'lam....

Limaza , Why dan Kenapa??

Percayalah... Allah tidak akan menguji sesuatu melainkan dengan kekuatan diri kita.Persoalan kenapa aku? Kuatkah aku? Kenapa dan mengapa... ini juga pernah bermain di benak kita... Mungkin juga saat ini. Tika ini saya resah, saya gelisah. Dan kita pasrah! pasrah atas ketentuan Mu Ya Allah.... Nah.. ini jawapannya.....

  • KENAPA AKU DI UJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

  • KENAPA UJIAN SEBERAT INI BAGIKU?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah ayat 286)

  • RASA SESUATU MENGHEMPAP DIRI?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
(Surah Al-Imran ayat 139)

  • BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran ayat 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Surah (Surah Al-Baqarah ayat 45)

  • APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka….. (Surah At-Taubah ayat 111)

  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ……
Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Surah Yusuf ayat 12)

WAHAI DIRI..

"Pandanglah ujian dengan hati mu.. ujian adalah perbuatan Tuhan mu bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkan mu...

"maka Bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya"
70 : 5 - Al-Maarij

Monday 4 July 2011

Usah berhujah dengan orang yang jahil.

Assalamualaikum & salam sejahtera.




"Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

So,sahabat semua mesti  sudah tahu apa maksud jahil kan??,tetapi aku nak beritahu juga apa yang dimaksudkan dengan jahil.Menurut sumber yang dirahsiakan "jahil" membawa maksud tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau dengan bahasa kasar adalah bo***.

Sebenarnya jahil boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk tetapi apa yang ingin aku ulaskan adalah kes seperti di bawah:-

 Jahil = Orang yang tidak pandai tapi memandai-mandai atau orang yang tidak tahu tapi buat-buat tahu.

Ana sangat bersetuju dengan kata-kata Iman Syafie kerana aku juga memang pernah berhadapan dengan kes-kes seperti itu.Kita gunalah apa cara sekalipun untuk mematikan hujah mereka ,namun semuanya bagaikan sia-sia.Jika mereka berkata A" maka A" lah jawabnya dan jika mereka berkata binatang yang berkaki Ayam itulah adalah Lembu ,maka jawabnya Lembu lah dan kalau mereka nasi dikatakan terhasil daripada lalang,maka lalanglah jawabnya.

So,apa yang ana dapat kata, usahlah berhujah dengan orang seperti itu kerana 99.99 % kemungkinan kita tidak akan menang ,carilah cara lain bagi menyedarkan mereka dan mematikan hujah mereka.
(rujuk sumber-sumber yang betul)...

Akhir kata:Walaupun kita tidak pandai tp janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan,namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.



Notis:Semua yang ditulis adalah pendapat "tuan tanah" dan tiada kaitan dengan pak imam kg sebelah.

Sunday 3 July 2011

Apa ada dengan Maaf?

Assalamualaikum , mungkin ramai yang mengucapkan kalimah ini tetapi tidak tahu , betapa besar dan lumayannya ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada mereka-mereka yang menyebutkannya . Alangkah baiknya sama-sama kita renung beberapa hadis nabi tentang ganjaran-ganjaran yang akan diberikan Allah kepada penyebar-penyebar salam sebagai muqaddimah atau pembuka bicara antara penulis , dan siapa yang terbaca penulisan penulis yang khususnya ditulis untuk diri penulis sendiri . Mari lihat janji Allah .


Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah adalah yang terlebih dahulu memberi salam “. Subhanallah . seterusnya : “ Sebarkanlah salam, supaya kedudukanmu tinggi . ( HR tabrani ) . Alhamdulillah , indahnya islam, pemurahnya Allah ,hanya dengan ucapan salam , pahala mencurah-curah yang kita dapat . Tak ada ucapan yang seharusnya kita ucapkan melainkan Lailahaillallah ! . Sekali lagi , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Harapan penulis agar pembaca dapat menjawabnya . Dan … , sebarkannya .


Jadi insyaAllah , itu hanya sekadar muqaddimah , kerana insyaAllah penulisan kali ini berkisarkan tentang sesuatu yang amat penting . Satu sifat yang perlu ada dalam jiwa setiap muslim yang beriman . Tapi sifat ini makin lama makin hilang , tak diamalkan , tak diendahkan , diremehkan , sedangkan jika kita buat , amatlah besar ganjaran yang bakal diperoleh oleh kita . Apa dia ? InsyaAllah , penulisan kali ini adalah tentang satu sifat yang bernama : “ Pemaaf “ .


Rasa-rasanya apa yang hebat sangat dengan sifat pemaaf ini ? Nampak biasa sahaja . Sebagai contohla : “ Oh brader , aku minta maaf banyak-banyaklah kat brader sebab umpat brader tadi . Aku kata brader busuk , pelik , dan … Aah !! Macam-macamlah . Sori tau . Aku menyesal ni brader . Isk, isk . “ . Dan brader tupun dengan mudah menjawab : “ Aku maafkan kau wahai kawan . “ Nampak mudahkan amalan ni ? Tapi, yang peliknya , ramai sangat manusia bahkan umat islam sendiri tak mempunyai sifat ini . Penulis ? Pembaca ? Kita ada atau tak ? Rasa-rasanya , tak seronok kalau penulis tak menceritakan apakah ganjaran yang amat lumayan yang akan diberikan Allah kepada hamba-hamnya yang pemaaf . Jadi , insyaAllah , akan penulis beritahu serba sedikit, agar , sama-sama rasa ghairah tuk mengamalkannya , mungkin ? Jadi , mungkin kali ini, akan penulis menerangkan ganjarannya dalam bentuk … kisah .



++++++++++
Suatu hari , ketika mana rasulullah dan sahabat-sahabat sedang berzikir di dalam masjid , tiba-tiba rasulullah cakap : " Selepas ni ,ahli syurga akan masuk . " Dan beberapa ketika selepas tu , ada seorang yang tak dikenali masuk . Esoknya pula , sedang nabi dengan sahabat-sahabat tengah zikir dalam masjid , sekalilagi rasul cakap : " Selepas ni , ahli syurga akan masuk . " Dan waktu sahabat tengok belakang dan ada orang masuk . Dan orang yang masuk adalah orang yang masuk semalam .


Waktu ni ,Ibn Umar dah pelik . Apa amalan yang mamat ni buat sampai 2 kali rasul cakap dia ahli syurga . Dan dia ambil keputusan untuk ikut orang tu dan tidur rumah orang tu tuk tengok apa amalan dia . dan Ibn Umar pelik . Kerana selama 3 hari dia duduk rumah orang tu , tak ada apa-apa amalan yang specialpun .Dan Ibn Umarpun tanyalah orang tu : " Wahai sifulan , apa amalan yang kau buat sampaikan dua kali rasul cakap yang kau adalah ahli syurga . Bagi taulh aku supaya akupun dapat amal ."


Dan orang tu pun cakap : Setiap kali sebelum tidur , aku memaafkan semua kesalahan orang padaku samada yang aku tau atau tak . Itu aku buat setiap malam . "


++++++++++


Subhanallah ! Subhanallah ! Hanya dengan maafkan orang , dapat syurga ? Sungguh pemurahnya Allah ! Sungguh pengasihnya Allah ! Allah , terima kasih kerana kau takdirkan aku dapat menyembahMu ! Aku bersyukur padaMu , Allah , bagiMu segala puji , bagiMu segala Puji ! .


Jadi , setakat ini , apa pandangan pembaca tentang sifat pemaaf ini ? Tapi , ada satu masalah yang selalu penulis dengar . Seperti yang semua tau , kalau ada orang umpat kita , maka dosa kita orang tu yang dapat , dan pahala orang tu , kita yang dapat . Betulkan ? Tapi adakah dengan kita tak memaafkan orang yang umpat kita misalnya sudah cukup tuk menjamin kita ke syurga ? Ya, memang penulis tau yang ramai yang akan fikir : “ Kalau orang umpat kita dan kita tak maafkan , nanti kita tak ada dosalah sebab semua dah dapat dekat orang yang umpat kita ? “ .


Ish ! , pening da pulak kepala ni . Jadi , bagi mereka yang fikir macam tu , bacalah kisah dibawah ini yang penulis baca dari buku yang dikarang oleh Amru Khalid . Sebelum itu , buka hati . Kalau boleh , nangis. Itu satu rahmat dari Allah . Jadi , bacalah kisah dibawah .


++++++++++


“ Bilamana di hari hisab , ada seorang hamba Allah yang berat dosanya lagi berat dari berat pahalanya . Pastu dia berkata : Wahai Allah , sesungguhnya sifulan ini pernah menyakitiku didunia . Maka , kau ambillah sebahagian dosa-dosaku dan berilah kepadan sifulan tu . Dan Allah pun lakukannya . Tetapi , berat amalan buruknya masih lagi lebih banyak dari yang baik .


Lantas dia berkata : “ Wahai Allah , sesungguhnya sifulan itu pernah menyakitiku didunia seketika dulu . Kau ambillah pahala dia dan berikanlah kepada aku agar berat amalan baikku meningkat wahai Allah “ . Tetapi Allah berkata kepada dia : “ Cuba kau lihat di depan itu “ . Waktu orang tu tengok , dia nampak istana yang tersangat cantik , dan dia terkejut dan terus dia tanya : “ Untuk siapakah istana itu wahai Allah ?? “ . Lantas Allah cakap : “ Untuk kau ! “ . Orang tu terkejut dan bertanya : “ Macamana pula aku boleh dapat istana itu sedangkan berat amalan burukku lebih berat dari amalan baik ? Bagaimana boleh aku dapat istana tu ya Allah ? “ Dan Allah berkata : “ Dengan kau mengampuninya .” Lantas, terkejtlah orang tu dan dia serta merta berkata : “ Ya Allah , aku memaafkannya , aku memaafkannya ! “ . Dan dengan rahmat Allah , masuklah dia dan sifulan tadi bersama-sama kedalam .. Syurga Allah .


++++++++++



Subhanallah ! Subhanallah ! Allahu Akbar ! Ya Allah , betapa pengampunnya Engkau ! Betapa pemaafnya Engkau wahai Allah . Berilah kami kekuatan dan hidayah tuk mengamalkan sifat ini ya Allah . Amin …


Begitulah kisahnya wahai pembaca sekalian . Sekarang bagaimana perasaan antum ? InsyaAllah , harapan penulis , kita akan ghairah tuk sentiasa memaafkan orang lain . Itulah harapan penulis tuk diri penulis dan seluruh umat .


Bilamana kita semua amalkannya , rasa-rasanya, harmoni tak dunia ini ? Wallahu A’lam . “ Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang dapat membuatkan diri kami semua dapat mengamalkan seluruh perintahMu ya Allah . Kami tak akan berdaya tanpa taufiq dariMu. Berilah kami Allah , berilah kami ya Rahman , akan seluruh sifat-sifat kebaikan . Kabulkanlah ya Allah akan doa kami . Kami cintakanMu . Amin . “

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN


SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Sahabat..!!

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Mencari Ketenangan

tasawuf-21

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensidimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8

Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.


Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Fadhilat Berselawat


 


Di Malaysia , ada satu event yang cukup-cukup terkenal sampaikan ada orang sanggup pergi walaupun sangat jauh dari rumah. Siapa tak kenal kempen JOM HEBOH. Bagi saya hiburan seperti konsert di JOM HEBOH tu agak melalaikan. Kita lihat , Orang tempit sana sini macam anjing kepanasan. Kalau artis ada , sanggup puja artis tersebut. Kan seronok kalau kita buat pogram-program amal ISLAMI yang tetamunya sama ramai dengan konsert Jom heboh. 

Tapi di sini saya ingin sekali mengajak sahabat-sahabat menyertai kempen JOM SELAWAT. Orang menjerit di konsert JOM HEBOH apa dapat?? buang suara je. Baik sertai kami JOM SELAWAT .

OPS..!! bukan ada tarikh tertentu untuk berselawat tapi setiap masa. Siapa yang tidak merindui JUNJUNGAN BESAR kita RASULULLAH SAW. Bolehkan kita sampai tahap menangis bilamana kita terdengar kalimah ALLAH dan MUHAMMAD?? Saya cukup terharu bila melihat orang-orang arab yang menangis bilamana terdengar kalimat ALLAH dan MUHAMMAD.

Disini saya ingin berkongsi sedikit mengenai FADHILAT SELAWAT:

  • Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
  • Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
  • Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  • Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  • Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  • Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  • Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  • Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  • Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  • Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  • Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
  • Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


Tapi , bila di fikirkan , apakah kita mahu selawat semata-mata untuk fadhilat yang tertera di atas?? Mari sama-sama kita perbetulkan NIAT. Setiap perbuatan itu seeloknya kita buat kerana ALLAH bukan untuk mendapat fadhilat di atas. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhoan daripada ALLAH SWT. ISYALLAH.
Selamat Beramal :)