This site is dedicated to promote Islam and foster Muslim solidarity. Our goal is to provide news from around the world and help Muslims make the transition from being individual minded to community minded as Islam as an ideology that provides solutions for all human problems and all human relationships. It is our belief that Islam must be understood ideologically that deals with individual and societal problems. At the forefront of the call of Islam (Da’wah) today is the case of presenting Islam as a challenge to the current chaos, inequality, despotism and international disorder – all a consequence of Western liberalism (Capitalism). We write to inform, inspire and create a movement for true intellectual revival. We ask Allah (swt) to accept our efforts and mark it as part of the contribution towards re-establishment of His (swt) deen.

Friday 29 July 2011

Kenapa Kita perlu Bersabar?



Sejenak mari kita berfikir bersama tentang kejadian Allah swt. Kita lihat kepada janin di dalam perut ibunya dan kita lihat peringkat pekembangannya. Dia tidak akan membesar secara tiba-tiba dan begitu juga tanaman serta timbul tergelincirnya matahari. Semuanya berlaku berperingkat dan memerlukan masa. 

Begitu juga dengan ciptaan langit dan bumi selama enam hari, sedangkan Allah sendiri berkuasa untuk menjadikannya dalam sekelip mata. Tetapi semua ini berlaku kerana Allah mahu supaya kita mengetahui bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini akan melalui beberapa peringkat dan juga untuk memberitahu manusia bahawa sabar bukanlah sifat untuk manusia semata-mata, bahkan ia merupakan kunci dan sifat kepada alam ini sendiri.
Maha suci Allah!! 

Setiap perkara dalam hidup kita tidak dapat lari daripada berhajat kepada kesabaran samada untuk mencapai kejayaan, memahami subjek yang susah, bergaul dengan orang, menyelesaikan masalah, berhajat kepada sesuatu, membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, mentaati Allah ataupun dalam meningggalkan maksiat. Benarlah kata-kata seorang ulama bahawa kesempurnaan dunia dan agama terikat dengan kesabaran. 

Tanpa kesabaran akan binasalah manusia. Ini kerana yang menjadikan seorang penzina itu melakukan maksiat adalah kerana dia tidak sabar untuk menahan nafsunya hingga berkahwin. Begitu juga halnya dengan penagih dadah, ketidak sabarannya dalam menghadapi ujian yang menimpa dirinya dan waktu lapangnya menyebabkannya mengisi masa tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya. 

Bayangkanlah betapa besarnya fungsi sabar hingga termaktub di dalam kitabullah lebih daripada 90 kalimah. Marilah kita sama-sama menghayati setiap alunan ayat al-Quran yang kita baca dan membacanya seolah-olah ke atas kita ayat itu diturunkan. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 bahawa meminta pertolongan itu perlu disertakan dengan kesabaran dan solat kerana Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Bukankah itu yang kita inginkan?..Bersabar dan Allah akan bersama dengan kita. Kemudian Allah mengkhabarkan lagi berita gembira di dalam surah Az-Zumar ayat 10 bahawa mereka yang bersabar akan mendapat pahala yang tidak terhitung, juga di dalam surah Ali Imran ayat 146, bahawa Allah menyayangi mereka yang bersabar.
Subhanallah!!..kurniaan yang tidak terhingga buat mereka yang bersabar.

Firman ALLAH SWT:
 Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.(As-Sajdah: 24)

Jelas daripada ayat tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah. 



Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran.
WALLAHUA'LAM. :)

"orang yang paling kuat ialah orang yang bersabar''

No comments:

Post a Comment