This site is dedicated to promote Islam and foster Muslim solidarity. Our goal is to provide news from around the world and help Muslims make the transition from being individual minded to community minded as Islam as an ideology that provides solutions for all human problems and all human relationships. It is our belief that Islam must be understood ideologically that deals with individual and societal problems. At the forefront of the call of Islam (Da’wah) today is the case of presenting Islam as a challenge to the current chaos, inequality, despotism and international disorder – all a consequence of Western liberalism (Capitalism). We write to inform, inspire and create a movement for true intellectual revival. We ask Allah (swt) to accept our efforts and mark it as part of the contribution towards re-establishment of His (swt) deen.

Sunday 3 April 2011

Asal Mula Alam Semesta - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, sama ada yang berdasarkan pengamatan mahupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh alam semesta berasal daripada gumpalan asap' (iaitu komposisi gas yang teramat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tidak diragukan lagi menurut ahli astronomi moden. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' (lihat gambar 10 dan 11)
Gambar 10. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)

Gambar 11. Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia terdiri oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Bintang-bintang yang berkilauan yang kita dapal lihat pada malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya merupakan 'gumpalan asap' . Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:

A011
Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" (Fussilat 41:11)

Kerana bumi dan langit di hadapannya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat diambil kesimpulan bahawa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:
A030
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al-Anbiyaa' 21:30)

Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmuan terkemuka. Beliau adalah Profesor geologi dan Kepala Departemen Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad ... Saya fikir sangat tidak mungkin jika ia boleh mengetahui sesuatu seperti asal mula alam semesta dari bahan-bahan yang satu, kerana para saintis saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui pelbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fizik inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan mengetahui buat selama-lamanya, melalui pemikirannya sendiri, bahawa dulunya bumi dan langit berasal daripada hal yang satu."

WALLAHUA'LAM
sila sertai kami: http://www.facebook.com/login/setashome.php?ref=genlogin#!/home.php?sk=group_169650766379441&ap=1

No comments:

Post a Comment